SpongeBob
SquarePants ialah seekor spons yang tinggal dalam sebuah rumah nanas dalam laut di kota Bikini Bottom, manakala tetanggannya Squidward Tentacles ialah seekor gurita yang tinggal dalam rumah moai. Tetangga SpongeBob yang lain dan teman akrabnya, Patrick Starseekor bintang laut merah muda, tinggal di bawah sebuah batu. Rumah Squidward
terletak di antara rumah Spongebob dan rumah Patrick, dan inilah yang
meresahkan Squidward.
SpongeBob
dan kawan-kawannya tinggal di kota Bikini Bottom dalam lautan Pasifik. Bikini Bottom dilihatkan sebagai sebuah kota biasa dengan pusat kota, pinggir kota, kawasan
pantai, lapangan terbang, rangkaian bunga laut dan taman hiburan sendiri. Stephen Hillenburg
pernah berkata bahawa Bikini Bottom direka lebih kurang berdasarkan kota Seattle, Washington.
Hewan
peliharaan SpongeBob ialah seekor siput laut bernama Gary, yang "mengeong" seperti kucing. Meskipun tidak banyak berbicara (kecuali dalam
beberapa episode), watak-watak lain kelihatan mampu memahaminya. Tambahan pula,
cacing laut menyalak seperti anjing dan dirantai. Ubur-ubur disamakan dengan
lebah; bunyi desas-desus, sengatan bisa (tetapi kelihatan seperti kejutan
elektrik), dan menghasilkan "jeli" yang lezat, memperolok-olok nama
"jellyfish" sambil membandingkan jeli dengan madu lebah. Ikan berperan sebagai warga kota tetapi tidak
dijadikan tokoh penting.